Monday, May 28, 2012

Tip turun berat badan

Mari kita bermula dengan tip diet dan pemakanan.

Makan lima hingga tujuh hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan saja dapat mengawal nafsu pemakanan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.

Jangan tinggalkan setiap waktu makan (sarapan, makan tengah hari dan makan malam) sebab ia tetap tidak akan membantu anda menguruskan badan.

Kenali keperluan kalori seharian. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing.

Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip menguruskan badan yang paling senang. Hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, minuman coklat atau minuman ringan dengan air bebas gula. Hasilnya, anda boleh kurangkan kira-kira 10 kilogram (kg) dalam setahun.

Banyakkan minum air mineral. Air jenis ini tidak mengandungi kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangka masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.

Jangan makan buah-buahan terlalu banyak. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.

Segenggam tangan karbohidrat. Sama ada anda makan nasi, roti, mi kuning mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tidak kenyang, tambahkan lauk.

Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan, pastikan anda mengambil dua hingga 2.5 gram untuk setiap kilogram berat badan anda. Harus diingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.

Kawal nafsu makan. Satu-satunya cara untuk mengawal nafsu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk berkembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat.

Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Tidak perlu mencari trend senaman terkini asalkan anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.

Senaman bukanlah perkara yang wajib dilakukan cuma manfaatnya dapat membantu mempercepatkan usaha anda menurunkan berat badan.

Angkat berat! Tidak kira jantina dan umur, pastikan anda sertakan senaman angkat berat dalam program senaman. Kenapa? Ini kerana ia membantu menguatkan otot, tulang dan sendi.

Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi paling penting adalah kualiti senaman. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman. Kalau tidak pasti, dapatkan panduan bernas daripada mereka yang mahir.

Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukosa. Jika anda berjoging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak, pastikan anda elakkan minuman berkarbonat dan bertenaga.

Tidak perlu bersenam setiap hari. Senaman dua hingga empat kali seminggu pun sudah cukup. Biarkan badan anda rehat dan pulih dulu.

Inginkan perut yang kempis? Crunches atau bangkit tubi dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana otot abs masih diliputi dengan lapisan lemak. Maka, fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.

Yoga untuk kuruskan badan? Tidak juga. Yoga memang sesuai untuk keseimbangan dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik.

Sauna dan bilik berwap? Kedua-duanya boleh membantu membakar kalori dan proses pencernaan. Tidak menjadi masalah untuk anda melakukannya.

Seks sebagai senaman? Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan dapat mengurangkan stres.

Jika digabungkan dengan diet dan senaman asas yang baik, makanan tambahan dapat membantu mempercepatkan usaha anda mengurangkan berat badan. Tapi pastikan anda tidak tertipu dengan gambar sebelum dan selepas.

Pil cepat kurus? Tidak kira di mana dan harga, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan atau membakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Ia mustahil.

Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teorinya, ya. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolisme badan melalui ramuan seperti kopi dan guarana. Jadi, dengan pembakaran kalori berlebihan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. Namun nasihat saya, jangan bergantung kepada makanan tambahan untuk jangka masa panjang.

Ingin kurangkan satu kilogram? Anda perlu membakar atau membuang 7,700 kalori sama ada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-duanya.

Makanan tambahan protein adalah pilihan yang baik sebagai snek. Ia rendah kalori, mudah dibeli dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.

Dapatkan multivitamin yang baik. Kekurangan mikro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi, pastikan anda mempunyai multivitamin yang bersesuaian dengan jantina, umur dan gaya hidup anda.

Wednesday, May 23, 2012

Dilemma...

Dilemma on which stroller to buy? Sling or carrier?

Tuesday, May 22, 2012

Confused!

Buat masa ini, saya sbg mama hadif tsangat la keliru yg mana yg tbaek utk nya.
Heeeeeeee.. Kalau ikotkan incik suami, dia nya bkenan dgn quinny buzz.
Mmg x leh dinafikan quinny buzz tu lawa & nampak sporty tapi harganya auwwww sangat la mnarik. hehe. Tapi yg x bestnya, quinny buzz neh agak bulky aka sangat la berat. 12kg tu. rasanya i x larat lor nk mgangkatnya. huhu. nk dibandingkan dgn quinny zapp extra, agak murah sedikit serta ringan. Senang nk dibawak travel & x kacau space dlm keta tu. Camne tu. Buntu!! Rasanya dh x sabar utk memiliki sbuah stroller utk ank tsayang mama neh. heeeeeee mcm ler nk bwk hadif kuar jejalan dh kan. Ikot hati neh mmg x nak pun. Tapi bila dh ada stroller neh x tahu la kut2 berubah nati. kikiki.

Apa pendapat anda...!!??
Takde ke yg baek hati nk sponsor sbiji utk hadif ;P heeeeeeeeee..... Gurau!!

Zapp Xtra
- The Zapp Xtra is suitable from birth to approx. 4 years
- Eye-catching sleek and attractive design.
- Highly manoeuvrable front wheel on the Zapp Xtra can rotate 360° and is lockable.
- The Zapp Xtra is the most compact buggy in the world when folded (70 x 25 x 29 cm - frame only).
- 3D compact fold.
- The Zapp Xtra is the ideal travel system when combined with the Maxi-Cosi Pebble or CabrioFix infant car seat (both sold separately).
- Comes complete with a sun canopy, raincover, shopping basket and adapters for attaching the maxi-cosi infant car seats.
- 3 recline positions when facing forward.
- 2 recline positions when rearward facing

QUINNY BUZZ
- Unique and revolutionary folding system (automatic unfolding)
- Very easy to fold and to unfold
- Highly manoeuvrable front swivel wheel, that can be locked
- Forward and rearward facing seat unit
- Height adjustable pushbar, adjustable foot- and backrest
- Backrest fully reclines
- Ideal travel system in combination with matching Maxi-Cosi car seat
- Including sun canopy and Buzz Box

Monday, May 21, 2012

Mamas & Papas

Antara barang2 mamas and papas yang dibeli oleh my cousin, kak farah yang dibelinya di dublin.Tq so much~~

Deluxe Changing Mattress - Whirli- A changing mat with a machine washable cover
- Removable towelling insert
- Detachable fabric pillowgig

Squeaka Duck Potty - Pearl White/Soft Lime
- Ergonomically designed, comfortable seat
- Squeaky beak to amuse your little one
- Potty seat can be covered by the lid for easy transportation
- Detachable front for easy cleaning

Once Upon a Time - Bumper
- Luxuriously padded bumper with 3D characters
- We recommend cream essential bedding to co-ordinate with this collection
- Designed to fit all Mamas & Papas cots and cot/junior beds

Vanity Case - Pearl White
- Ergonomically designed, with smooth durable plastic casing
- Soft, easy grip handle making this both functional and practical
- Stylish storage solution to organise all your baby's toiletries
- Also makes an ideal vanity case for you

- Socks

- Booties

Nappy Stacker
- Ideal storage for towelling and disposable nappies
- Shaped in the style of a house
- Attaches to the side of the cot with ties

Tuesday, May 15, 2012

Common problem!!??

Rasanya sembelit (constipation) lepas bersalin is a common problem for mommies kan?

Monday, May 14, 2012

InsyaALLAH

Memerlukan masa~~ tidak dapat menurunkan skelip mata. andai saya ada magic. Ting!!!!
Saya tahu~~ Memerlukan ksabaran ;P Rinduuuuu akan baju lelama neh.


Sunday, May 13, 2012

Happy Mothers Day to all mom's!!

Happy Mommies Day 2 all the Mothers out there! Hope u have a fantastic day ^_^
To my Mom, I love you, a daughter couldn't ask for a better Mother than you! <3
13-05-2012

Saturday, May 12, 2012

TQ Mama aka Tok! Hadif suka sgt.....

Amacam lawa tak? Heeeeee tok hadif la buat neh, tantek kan! Tok kiter buat mcm2 colour woo..

Pemberian/Hasil tangan Cikbie aka TokBie

Mengait adalah merupakan satu kemahiran tangan yang sangat tualah usianya.. sejak beratus tahun yang lalu.. oh lama tu.. dan mengait ini terbahagi kepada dua jenis. Iaitu:
1. Crochet
2. Knitting

1. Crochet:
Crochet (sebut Krosye) ataupun dalam bahasa kita dipanggil Krusye/Jarum Kait Satu adalah seni yang paling famous dekat negara kita. Jarum yang digunakan adalah terdiri dari satu batang jarum yang berkepala hook. Jadi mostly, mereka memanggil jarum crochet dengan istilah hook needle.

Crochet juga terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
1. Crochet (sangat popular)
2. Double ended crochet (boleh digunakan untuk mengait secara in-the-round)
2. Tunisian/Afghan Crochet (merupakan satu teknik mengggunakan jarum yang panjang seakan-akan jarum knitting. Kaitannya juga adalah hampir dengan knitting)

Crochet juga sangat senang dipelajari apabila anda telah mengetahui asasnya iaitu :
1. Chain Stitch
2. Single Crochet
3. Double Crochet
4. Half Double Crochet
5. Slip Stitch

Terdapat pelbagai jenis jarum kait satu yang anda boleh gunakan untuk mengait. Tidak hanya bergantung pada satu jenis jarum sahaja kerana setiap jarum kait ini mempunyai saiz yang berbeza dan kegunaan yang berbeza. Malah ada jarum-jarum kait ini, walaupun sama saiz tetapi diperbuat daripada manufacture yang berbeza, hasilnya tetap juga berbeza. Oleh itu, adalah dinasihatkan jika anda mengait dengan jarum A, teruskan mengait dengan jarum A sehingga habis projek anda. Sebab walaupun katakan jarum B mempunyai saiz yang sama dengan jarum A, ianya akan memberikan kesan yang berbeza terhadap projek kait anda.

Apa yang membezakan Knitting dengan Crochet?

Knitting adalah satu kemahiran dimana anda mengguna dua jarum ataupun beberapa jarum ketika mengait. Bagi saya istilah jarum kait dua itu kurang sesuai kerana konteks knitting ini lebih besar. Ini kerana, knitting meliputi mengait dengan dua jarum, 4 jarum ataupun 5 jarum. Jarum knitting terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:

1. Straight Needles/Single Point Needles (mostly orang panggil sebagai classic knitting) : Biasanya kebanyakkan beginner akan memulakan pembelajaran mengait Knitting dengan menggunakan jarum jenis ini.
2. Double Pointed Needles (kedua-dua bahagian jarum mempunyai tip) : Digunakan untuk mengait secara knit in the round seperti socks, topi, beg, i-cord..
3. Circular Needles (mempunyai tube yang menyambungkan dua jarum.. juga dikenali sebagai modern knitting)

Untuk belajar knitting, kita mesti tahu 4 asas iaitu:
1. Cast On
2. Knit
3. Purl
4. Bind Off

Crochet menghasilkan tension yang lebih keras disebabkan kaitannya lebih berfokus kepada satu loop. Selain itu, crochet sangat sesuai untuk pelbagai jenis pattern lace, lebih cepat siap kaitannya, namun menggunakan benang yang lebih banyak berbanding knitting kerana penggunaan loop-nya yang lebih banyak berbanding knitting. Sangat sesuai untuk menghasilkan accessories seperti topi, beg, alas meja, doilies, dan mudah digunakan untuk menyambung hasil kaitan dengan yang lain (seperti granny squares). Tetapi juga sesuai untuk mengait baju, bagi mendapatkan hasil baju yang lembut menggunakan crochet, adalah baik jika kaitan itu dimix dengan lace pattern ataupun menggunakan benang yang lembut dan tebal.

Knitting pula menghasilkan tension yang lebih lembut disebabkan fokus loopnya yang lebih luas. Sangat sesuai untuk mengait baju, juga beg, topi dan lace, socks. Knitting memerlukan masa yang lebih lama berbanding crochet ketika mengait, dan menghasilkan kaitan yang lebih stretchy daripada crochet. Best for joining stitches secara knit in the round. Selain itu, knitting juga menggunakan benang yang sedikit berbanding crochet, dan memerlukan banyak accessories tambahan ketika mengait pattern-pattern tertentu seperti cable pattern yang memerlukan jarum cable.